Skip to main content

Tuhan, Bagaimana Untuk Aku Ada Perasaan? oleh Faziliya Iliya


“Tuhan, Bagaimana Untuk Aku Ada Perasaan?” merupakan sebuah buku psikologi yang ditulis oleh Faziliya Iliya dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Gaya bahasa dan penulisan kreatif saudari Faziliya Iliya sangat menarik dan meyakinkan. Ada beberapa unsur kajian yang dijalankan di dalam penulisan ini yang membuatkan saya lebih yakin untuk membacanya.

Satu di antara alasan yang menarik minat saya untuk membaca buku ini ialah, nota Pengarang yang terdapat pada helaian awal buku ini.  Saya tertarik dengan ulasan Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan mengenai buku ini. Ternyata buku ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Selain daripada naratifnya yang mantap, pengolahan buku ini juga sangat baik. Usaha penulis mengkaji masalah psikologi yang kita sedia maklum boleh merosakkan jiwa seseorang telah disampaikan dengan penceritaan yang sangat baik. Beberapa elemen perjuangan untuk menjadi manusia normal, dan pertembungan dua suara dalam satu jiwa yang dimuatkan ke dalam watak Elis merupakan satu cabaran besar yang sangat menarik perhatian saya. Ia menambahkan lagi minat saya untuk terus membaca sekaligus mengagak-agak apakah yang akan terjadi kepada Elis dalam babak yang seterusnya.

Kerap kali saya merasa murung kerana sikap Elis yang terlalu pasif dan sangat sukar untuk berkomunikasi. Ia menyesakkan jiwa saya. Tetapi saya cuba letakkan diri saya di dalam keadaan ibu bapa Elis dan mungkin juga di kalangan rakan-rakan saya yang mempunyai anak-anak yang sukar untuk berkomunikasi dan bergaul atau bersosial dengan orang awam atau rakan-rakan sebaya. Saya faham betapa sukarnya bagi kedua ibu bapa Elis menangani masalah yang mereka lalui. Saya sebagai pembaca merasa turut terkesan secara tidak langsung dalam memikirkan masalah Elis. 

Buku ini bukanlah buku yang ringan untuk dibaca secara santai. Buku ini memerlukan kesabaran, fokus dan minat yang mendalam terhadap permasalahan psikologi yang sebegini. Sekiranya anda sedang tercari-cari buku psikologi, ataupun sekiranya ada mengalami masalah “introvert” ataupun sekiranya anda mempunyai rakan-rakan atau anak istimewa yang mengalami masalah sebegini, mungkin buku ini adalah pilihan yang baik untuk anda baca dan renungkan. Walaupun ia bukanlah satu jaminan sebagai bantuan untuk menyembuhkan masalah pergaulan seperti ini, tetapi sekurang-kurangnya anda mampu mendekati dan memahami perasaan mereka yang mengalami masalah sebegini. Dengan membaca buku ini, sekurang-kurangnya membolehkan anda mencari jalan yang bersesuaian untuk menyelesaikan ataupun setidak-tidaknya belajar mendekati dan membantu mereka yang mengalami keadaan sebegini untuk meneruskan kehidupan seperti manusia normal.

Penilaian saya terhadap buku ini ialah 4/5. 

Comments

Popular posts from this blog

Seni Berfikir Yang Hilang Oleh Hasrizal Abdul Jamil

  Tajuk: Seni Berfikir Yang Hilang Penulis: Hasrizal Abdul Jamil Penerbit: Iman Publication Sdn Bhd Format Buku: Paperback Muka surat: 263 Rating: 5/5 Seni Berfikir Yang Hilang merupakan sebuah hidangan ilmu yang enak, hasil tulisan Hasrizal Abdul Jamil. Beliau memberikan kupasan menarik tentang buku Thaqafah Al-Da'iyah yang ditulis oleh Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Ilmu yang dibawa di dalam naskah Thaqafah Al-Da'iyah merupakan ilmu yang membentuk identiti umat Islam sebagai umat dakwah yang berilmu, membudayakan ilmu, bertanggungjawab terhadap kesempurnaan ilmu dalam menyebarkan ilmu dunia dan akhirat dengan baik dan berkesan.  Bukanlah bererti pembacaan buku ini khusus untuk mereka yang ingin menjadi pendakwah, tetapi ia merupakan makanan minda dan rohani untuk diri sendiri supaya dapat membudayakan ilmu dengan memperbetulkan proses menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik berdasarkan Syar'iatullah dan Sunnatullah. Enam cabang ilmu yang dikupas se...

Ulasan Buku – BlogTwit Tour Bersama SUMPAH oleh Shaz Johar

Salam hormat. Hai semua!  Kini tibalah giliran saya untuk meneruskan perjalanan  BlogTwit Tour bersama SUMPAH karya Shaz Johar . Anjuran UntitledBC dan Buku Fixi .  Sudahkan anda bersedia? Jom kita menyelami keunikan SUMPAH. Tajuk: SUMPAH  Penulis: Shaz Johar  Penerbit: Buku Fixi  Format: Paperback dan e-book  Sumber: Buku Fixi  Muka Surat: 292  Rating: 5/5 stars  SINOPSIS Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.  Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang c...

Perfume: The Story of a Murderer by Patrick Suskind

Perfume: The Story of a Murderer is a literary historical fantasy novel written by the German writer Patrick Süskind. It is a genius and compelling book to be read by all. The novel is written figuratively and the story development is very engaging. The novel is full of sensory language. The synonym words like perfume, odour, scent, stench, stink are frequently used in this book. Even though reading required the eyes and the brain to comprehend the story, my nose would sniff in every part of the story told by Patrick Suskind in this book. The elements used by Suskind attracted me to read and study more about this story. The story is about Jean-Bapstiste Grenouille who was left by his mother at birth and being rejected from society because he has no scent and was seen as an abnormal person. He often being magically survived in many difficult situations. After committing his first murder, he finally found the meaning of his life. He wanted to have a higher destiny and nothing less t...