Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Ulasan Buku – BlogTwit Tour Bersama SUMPAH oleh Shaz Johar

Salam hormat. Hai semua!  Kini tibalah giliran saya untuk meneruskan perjalanan  BlogTwit Tour bersama SUMPAH karya Shaz Johar . Anjuran UntitledBC dan Buku Fixi .  Sudahkan anda bersedia? Jom kita menyelami keunikan SUMPAH. Tajuk: SUMPAH  Penulis: Shaz Johar  Penerbit: Buku Fixi  Format: Paperback dan e-book  Sumber: Buku Fixi  Muka Surat: 292  Rating: 5/5 stars  SINOPSIS Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.  Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar