Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ulasan Buku

RASA oleh Nuril Basri

Sebaik sahaja tamat membaca buku ini, perasaan saya bercampur baur sedih dan kosong di dalam jiwa. Timbul rasa hampa dan semahu-mahunya menangisi kehilangan semua peluang baik yang pernah hadir tanpa disedari. Sekuat mana teriakan pada lautan, belum tentu menghilangkan kekesalan yang ada dalam diri bahawa semua peluang terbaik yang pernah datang telah dibiarkan berlalu pergi.  Bersesuaian dengan judul buku ini, RASA – karya Nuril Basri yang telah diterbitkan pada tahun 2019 oleh penerbit BUKU FIXI sarat dengan pelbagai rasa perasaan. Penyusunan jalan ceritanya yang sangat menarik berlatarbelakangkan sebuah pengembaraan seorang wanita yang tercari-cari matlamat kehidupan, pengisian perasaan dan rasa kebahagiaan. Kerana bosan dan tidak mencapai kepuasan diri terhadap kehidupan asalnya dan; kerana desakan usia, beliau nekad mencari haluan hidup yang baharu. Bermula dengan kembaranya di lautan sehingga terbawa haluannya ke Kota London, hidupnya penuh dengan dugaan yang menghim...